Mereka yang telah memandikan Jasad Rasulullah SAW adalah Ahli Keluarga Baginda SAW :
1-Ali bin Abi Tolib.
2-Abbas bin Abi Tolib.
3-Anak ibnu Abbas.
4-Usamah bin zaid
dan beberapa orang sahabat, Usamah bin Zaid telah menyiram jasad Junjungan dengan air, Usamah tidak sampai hati menyentuh Jasad Rasulullah SAW, Beliau hanya mampu memandikan Rasulullah SAW di atas baju Baginda sahaja, Rasulullah SAW telah dikafankan dengan 3 helai kain, Saidina Abu Bakar telah memegang kepala Rasulullah SAW dengan penuh kehormatan, lalu meletakkan tanah dengan penuh kemulian ke atas wajah Baginda Junjungann kita, setengah riwayat setelah Baginda wafat selama 2 bulan, masih ada lagi para sahabat dari seluruh dunia datang menziarahi Kubur Rasulullah dengan penuh kesedihan kerana mereka tidak sempat melihat wajah Rasulullah SAW yang mulia.
Kepada saudara-saudariku seagama, tanamlah sifat kecintaan kepada Rasulullah SAW dalam jiwa anak-anak kecil kita semenjak kecil lagi, agar benih kecintaan tersebut subur mekar di masa, anak-anak kita dewasa nanti.
Cintailah Rasulullah SAW kerana kecintaan kepada Baginda tidak merugikan kehidupan kita di dunia dan juga di Akhirat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan